Chelsea telah menandatangani Ross Barkley dari Everton, dengan pemain tengah England itu menyertai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dengan nilai perpindahan sebanyak GBP15 juta (RM41 juta).
Barkley masih lagi belum beraksi sepanjang musim ini kerana mengalami kecederaan hamstring dan dijangka bakal meninggalkan Goodison Park.
Chelsea hampir mendapatkan khidmat Barkley pada Ogos lalu, bagaimanapun pemain tersebut mengubah fikiran ketika menjalani ujian kesihatan tetapi pemain berusia 24 tahun itu menafikan dakwaan tersebut.
Barkley berkata dia yang melengahkan keputusan mengenai masa depannya hingga jendela perpindahan pada bulan ini selepas pulih daripada kecederaan.
Barkley menandatangani kontrak selama lima setengah tahun dan meluahkan perasaan gembira apabila berjaya menyempurnakan perpindahan ke Stamford Bridge.
"Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk beraksi bersama Chelsea.
"Ini merupakan permulaan yang baru buat saya. Saya tidak sabar untuk meneruskan prestasi saya pada penghujung musim lalu dan berharap menambah bilangan gol ketika beraksi," katanya.
Barkley meledak lima gol dan melakukan lapan bantuan jaringan dalam saingan EPL musim lalu ketika Everton menamatkan saingan di tangga ketujuh.