LALIGA
Barcelona tak akan jumpa pemain lain seperti Messi -- Koeman
Ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman, menegaskan pasukan gergasi LaLiga itu tidak akan memiliki pemain lain seperti Lionel Messi ketika pemain bintang itu menghampiri rekod yang dipegang legenda dunia, Pele.
Messi hanya dibezakan satu gol untuk menyamai rekod jaringan bersama kelab tunggal milik Pele menjelang pertemuan dengan pendahulu LaLiga, Real Sociedad, di Camp Nou awal pagi esok.
Pemenang enam kali Anugerah Ballon d'Or itu telah menjaringkan 642 gol buat Barca dalam kesemua kejohanan susulan menjadi penjaring tunggal ketika menewaskan Levante 1-0 minggu lalu.
Iklan
Menjelang rekod yang akan dicipta penyerang berusia 33 tahun itu, Koeman berkata kepada wartawan: "Baiklah, statistik (Messi) amat luar biasa. Saya tidak fikir kami akan memiliki pemain lain di kelab ini yang mampu memberikan sebanyak itu daripada segi keberkesanan.
"Kerana itu dia pemain nombor satu. Dia pemain yang amat penting seperti yang kita dapat lihat dalam perlawanan lalu (menentang Levante). Jentera serangan kami amat bergantung kepada Leo.
"Ia statistik yang besar, saya tidak tahu berapa banyak hatrik yang telah dijaringkannya. Sekali lagi, apa yang dilakukannya untuk kelab ini amat luar biasa," katanya.
Messi telah terlibat dengan 14 gol dalam 10 perlawanan LaLiga menentang Sociedad di laman sendiri (10 gol dan empat bantuan jaringan), termasuk empat gol dan dua bantuan dalam lima pertemuan liga terakhir mereka.? SOUND ON pic.twitter.com/GUnmzQ8Pzp— FC Barcelona (@FCBarcelona) December 16, 2020
Barca -- yang kini berada ditangga kelapan dengan ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu itu -- telah memenangi kesemua 22 perlawanan terakhir menentang Sociedad di laman sendiri.
Skuad kendalian Koeman itu kini berpeluang menyamai rekod kemenangan berturut-turut terbanyak di laman Sociedad (23 kemenangan yang dilakukan dari 1929 hingga 1961).
Must-Watch Video