Satu gempa bumi berskala 5.6 Richter melanda California, beberapa jam sebelum sepak mula di antara pasukan tuan rumah, Amerika Syarikat (AS), dan Turki di Los Angeles Stadium.
Menurut laporan tempatan, satu kejadian gempa bumi berlaku pada awal pagi di Mendocino County dan Jabatan Tinjaun Geological AS pula melaporkan kejadian pada jam 8.10 pagi waktu tempatan, malah gegaran boleh turut dirasai di Sacramento yang terletak sejauh 140 batu.
Dalam masa sama, Pusat Amaran Tsunami Kebangsaan memaklumkan tiada sebarang tsunami dikesan.