Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Barcelona padam rekod Sociedad

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

barcelona_2.jpg
BARCA 3 LEGANES 1

Barcelona menyamai rekod LaLiga selepas merakamkan 38 perlawanan tanpa kalah ketika meraih kemenangan 3-1 ke atas Leganes, semalam.


Pemegang rekod terdahulu, Real Sociedad, telah melakukan rekod tersebut pada Mei 1980, dengan Barcelona mula mengorak langkah 13 bulan lalu.

Lionel Messi menjadi watak utama buat Barcelona selepas menjaringkan hatrik, dua gol dihasilkan pada separuh masa pertama, termasuk sepakan percuma yang disempurnakan pada minit ke-27 sebelum melengkapkan kemenangan pada minit ke-87.

Kali terakhir Barca tewas dalam saingan LaLiga ialah pada 8 April 2017, ketika berkunjung ke Malaga (2-0)-- bekas pemain akademi, Sandro Ramirez dan Jony Menendez muncul penjaring dan Neymar dilayangkan kad merah dalam perlawanan tersebut.

Barcelona mempamerkan aksi cemerlang sepanjang musim dan kini mendahului saingan dengan kelebihan 12 mata ke atas Atletico Madrid yang akan berdepan Real Madrid, hari ini.

Nabil El Zhar muncul penjaring gol sagu hati buat pelawat dalam perlawanan ini.
 

Advertisement

Must Watch Video