Ernesto Valverde sedar kekalahan 3-1 Barcelona kepada Real Madrid di tempat sendiri dalam pertemuan pertama Supercopa de Espana bermakna mereka perlu mengambil pendekatan menyerang ke atas lawan di Santiago Bernabeu.
Gol sendiri Gerard Pique sebelum sepakan penalti Lionel Messi mengimbangi kedudukan, namun gol Cristiano Ronaldo dan Marco Asensio kembali meletakkan Valverde dalam tekanan dalam sentuhan kompetitif sulungnya bersama Barca.
Bagaimanapun, dia menegaskan pertemuan itu masih belum berakhir dan skuad kendaliannya akan menuju ke Madrid untuk menyerang anak buah Zinedine Zidane, awal pagi esok.
"Kami perlu mencipta situasi jaringan," katanya dalam sidang akbar pra-perlawanan.
"Kekurangan ini adalah mustahak -- kami perlu menyerang.
"Kami juga perlu berwaspada dengan serangan balas, mereka pakar melakukannya. Pasukan ini tidak seimbang (dalam pertemuan pertama).
"Tiada apa yang mustahil. Kita boleh lihat keputusan lepas, mereka membuatkan kami melihat tentang kemungkinan.
"Kami akan turun di sana untuk memenangi perlawanan dan meraih gelaran."
Valverde bimbang dengan rentak goyah anak buahnya ketika bertemu juara Eropah itu kerana sedar ia hanya akan memberi kelebihan kepada skuad Zidane itu.
"Kami perlu bersatu untuk menang," tambahnya.
"Jika perlawanan ini goyah. Madrid akan mendapat faedahnya."