Ousmane Dembele akan membuat penampilan pertama untuk Barcelona sejak September lalu apabila tersenarai dalam skuad untuk menghadapi kempen Copa del Rey menentang Celta Vigo, awal pagi esok, namun Lionel Messi dan Luis Suarez akan direhatkan.
Dembele, yang menyertai Barca dari Borussia Dortmund dengan rekod perpindahan kelab bernilai €105 juta (RM507.2j) pada awal Ogos lalu, mengalami koyakan hamstring dalam pertembungan LaLiga dengan Getafe -- aksi ketiganya untuk kelab itu -- dan tersisih sejak itu.
Ernesto Valverde tidak berminat untuk mengulas lanjut mengenai peluang pemain berusia 20 tahun itu diturunkan menentang Celta, namun pemain antarabangsa Perancis itu dijangka menjadi tonggak utama kerana khidmat Paco Alcacer juga diketepikan.
Jose Arnaiz mungkin mendapat peluang untuk mempamerkan kemampuannya manakala Samuel Umtiti terus dihantui kecederaan di tengah-tengah laporan bahawa Manchester City sedang mempertimbangkan untuk menghidupkan klausa pelepasannya yang bernilai €60 juta (RM289.8j).