Pengarah Sukan Barcelona, Jordi Mestre, mendedahkan kelab itu telah membawa Philippe Coutinho dari Liverpool ke Camp Nou dengan harga lebih murah biarpun kelab yang berpangkalan di Anfield itu berkeras untuk mengekalkan tanda harga yang ditetapkan.
Coutinho hangat dikaitkan ke Catalonia sejak awal musim ini, namun perpindahannya tidak pernah berlaku kerana Liverpool bertekad untuk tidak melepaskan pemain antarabangsa Brazil itu.
Bagaimanapun, Mestre mendakwa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu telah menurunkan harga agar urusan itu dapat direalisasikan dengan harga yang dilaporkan sekitar €160 juta (RM766.7j).
"Tumpuan kelab ini adalah untuk menandatangani Coutinho," kata Mestre dalam sidang akhbar.
"Berbeza dengan musim panas lalu, wujud pengurangan besar dalam soal harga.
"Atas permintaan Liverpool, kami tidak boleh mendedahkan angka berkenaan tetapi ia melibatkan jumlah yang besar.
"Jika saya berkata sesuatu, ia akan menjejaskan kesepakatan kami dengan Liverpool.
"Ia tidak bagus untuk saya tetapi kami tidak boleh mendedahkan sebarang angka," katanya.
Membincangkan tempohnya di Liverpool, Coutinho memberitahu wartawan: "Saya mencurahkan segala-galanya, Malangnya kami tidak dapat menang (Liga Perdana Inggeris).
"Bagaimanapun, saya kekal di sana selama lima tahun dan keluarga saya sangat gembira di sana, jadi sekali lagi saya ingin berterima kasih."