Skip to main content

Bola Sepak

Barca akan kekal pendahulu -- Valverde redakan keresahan

valverde.jpg
Ernesto Valverde tidak percaya prestasi semasa Barcelona menjadi punca kebimbangannya. 

Kelebihan Barca di puncak LaLiga dikurangkan kepada enam mata selepas Real Madrid menumbangkan Atletico Madrid dalam pertemuan 'derby' hujung minggu lalu manakala Barca sekadar seri tanpa jaringan di Athletic Bilbao dengan berbaki 15 perlawanan.

Termasuk pertemuan pertama separuh akhir Copa del Rey dengan Madrid yang berkesudahan 1-1 minggu lalu, pasukan kendalian Valverde itu telah mengharungi kemarau kemenangan dalam tiga perlawanan.

Bercakap kepada wartawan selepas aksi menentang bekas kelabnya di San Mames, pengurus Blaugrana itu sebaliknya menawarkan perspektif yang lebih meluas. 

"Minggu lalu kami di tangga pertama, begitu juga dengan minggu ini dan tidak silap saya, kami juga akan kekal sebagai pendahulu pada minggu depan," katanya.

"Itulah keadaannya ketika ini. Ada beberapa minggu yang anda akan memungut mata yang banyak dan ada pula yang tidak.

"Musim ini masih panjang dan kami akan menunggu sehingga penghujung musim untuk membuat penilaian."

Barcelona akan menjadi tuan rumah kepada pasukan yang diancam penyingkiran, Real Valladolid, hujung minggu ini sebelum melakukan perjalanan ke Lyon untuk menghadapi pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL). 


 

Advertisement

Must Watch Video