Skip to main content

Bola Sepak

Bale puji Mourinho, tekad kekal di Bernabeu

bale-cropped_83ixouxh26wf1g09zkcf0td6e.jpg
Pemain bintang Real Madrid, Gareth Bale, menghamburkan pujian ke atas Jose Mourinho dan percaya jurulatih itu mampu mengembalikan kegemilangan Manchester United.

Selepas Bale membantu Madrid untuk melakar kemenangan 2-1 dalam aksi Piala Super UEF, kelmarin, Mourinho mendakwa pasukannya tidak lagi berpeluang untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Wales itu yang pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford sebelum ini.

Pengendali United itu mengakui dia berminat untuk membawa Bale kembali ke England seandainya pemain itu tidak turun dalam kesebelasan utama dalam perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, jangkaan pengendali kelahiran Portugal itu meleset apabila Real Madrid menyenaraikan Bale dalam kesebelasan utama.

Bale bertegas akan kekal dalam LaLiga, namun melontarkan pujian terhadap Mourinho sebaik tamat perlawanan.

Pemain berusia 28 tahun itu berasakan Mourinho -- yang bakal memulakan musim kedua bersama United -- bakal mengembalikan pasukan itu ke tahap sebenar.

"Mereka semakin mendapatkan semula aura menakutkan," Bale memberitahu wartawan apabila ditanya mengenai United.

"Bagi saya, mereka membuat keputusan tepat dengan membawa masuk Mourinho. 

"Dia seorang pengurus yang bagus, dia telah melakukan segala-galanya dalam bola sepak. Dia tahu apa yang dia lakukan dan saya yakin dia akan membina pasukan yang hebat."

Meskipun melontar pujian terhadap United dan Mourinho, Bale menegaskan dia gembira di Santiago Bernabeu.

"Saya tidak akan berpindah. Segala-galanya berjalan seperti biasa seperti tahun-tahun sebelum ini.

"Kami menikmati setiap kemenangan, kami dahagakan kejuaraan. Seperti kebanyakan pemain lain, saya mahu memenangni seberapa banyak trofi yang mampu."

 

Advertisement

Must Watch Video