Skip to main content

Bola Sepak

Bale hanya alami kecederaan ringan -- Zidane

zidane-cools-fresh-bale-injury-worries-after-stunning-real-madrid-comeback.jpg

VILLAREAL 2 REAL MADRID 3

Zinedine Zidane mengambil langkah untuk bertenang selepas Gareth Bale mengalami kecederaan sekali lagi ketika menyaksikan Real Madrid melakar kemenangan 3-2 ke atas Villareal di El Madrigal, awal pagi tadi.


Penyerang kebangsaan Wales itu turun di dalam kesebelasan utama buat pertama kali sejak November lalu selepas mengalami kecederaan buku lali.

Tandukan Bale pada minit ke-64 mencetuskan kebangkitan menakjubkan buat Madrid selepas Villareal mendahului perlawanan menerusi gol Manu Trigueros dan Cedric Bakambu.

Bale dibawa keluar pada minit ke-89 tetapi Zidane menegaskan pertukaran tersebut merupakan langkah berjaga-jaga yang diambil oleh beliau.

"Dia mengalami kecederaan ringan, kami mengambil langkah berjaga-jaga supaya keadaannya tidak bertambah teruk," kata Zidane.

Madrid menyamakan kedudukan pada baki 16 minit perlawanan menerusi sepakan penalti Cristiano Ronaldo selepas Bruno Soriano dihukum kerana menyentuh bola dengan tangan di dalam kotak penalti.

Jaringan kemenangan dihasilkan oleh Alvaro Morata pada minit ke-83 untuk memastikan mereka memiliki kelebihan satu mata ke atas Barcelona.

"Kami mempamerkan aksi yang lebih menarik dalam separuh masa kedua. Kami berjaya menghasilkan gol dan membawa pulang tiga mata penuh."

 

Advertisement

Must Watch Video