Skip to main content

Bola Sepak

Bakat dimiliki Gnabry dapat pujian Heynckes

sergegnabry28117.jpg
BAYERN MUNICH 5 HOFFENHEIM 2

Jupp Heynckes memuji Serge Gnabry selepas pemain sayap itu menjaringkan gol menentang kelab induknya ketika Bayern Munich menewaskan Hoffenheim 5-2 dalam Bundesliga di Allianz Arena, semalam.


Gnabry -- dipinjam daripada juara Bundesliga, Bayern -- menyumbat gol dan terlepas penalti ketika pelawat, Hoffenheim, membuat kejutan dengan mendahului perlawanan 2-0 dalam tempoh 12 minit.

Hoffenheim, bagaimanapun, gagal menyekat Bayern yang meraikan kemenangan liga ketujuh berturut-turut hasil jaringan Robert Lewandowski, Jerome Boateng, Kingsley Coman, Arturo Vidal dan Sandro Wagner.

Selepas itu, ketua jurulatih Bayern, Heynckes, memuji prestasi Gnabry yang berusia 22 tahun.

"Minggu lepas menentang (Bayer) Leverkusen, dia mempunyai tempoh yang hebat pada babak pertama," kata Heynckes.

"Dia pemain yang berpotensi tinggi tetapi perlu ingat bahawa dia telah mengalami beberapa kecederaan dalam kerjayanya yang masih muda dan kerana itu dia terlepas beberapa tempoh.

"Dia sangat berbakat tapi saya fikir pemain muda sepertinya perlu menyesuaikan diri, bekerja dan berlatih pada tahap profesional tinggi dan saya fikir dia masih boleh memperbaiki aspek itu."

Secara keseluruhan dalam perlawanan, Heynckes memberitahu wartawan: "Kami tidak menemui rentak seperti biasa, lawan kami melakukan tugas dengan sangat baik. Kami ketinggalan terlalalu awal menentang lawan yang tersusun.

"Kami memenangi beberapa bola dan Hoffenheim memanfaatkan potensi mereka di depan. Ia adalah positif bahawa jaringannya disamakan dalam separuh masa pertama. Secara keseluruhan, saya berpuas hati. Kami berdepan lawan yang kuat hari ini. Kami perlu berpuas hati," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video