Ketua jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel, kecewa dengan Baihakki Khaizan yang membuat keputusan mengejut menyertai kelab Thailand, Muangthong United, walaupun sebelum ini telah menyatakan persetujuan secara lisan untuk menyerai skuad Warga Kota itu.
Baihakki sebelum ini menyatakan persetujuan lisan untuk menyertai Kuala Lumpur setelah menolak kontrak lima bulan yang ditawarkan kelab Arab Saudi, Jeddah Club.
Dia sepatutnya hadir hari ini untuk menandatangani kontrak, namun tawaran saat-saat akhir Muangthong membuatkan Baihakki mengubah pendirian.
Maciel jelas berang sebaik mendapat berita itu sambil melabelkan Baihakki sebagai kurang profesional serta tidak menolak kemungkinan enggan bekerjasama lagi pada masa depan.
"Dia mencapai persetujuan dengan Kuala Lumpur dan ketika ini dia (sepatutnya) bermain dengan Kuala Lumpur.
"Sekarang ini, siapa yang menawarkan lebih banyak, maka dia pergi. Ini bukan caranya. Sudah tentu, ia adalah perkembangan buruk kerana dia tidak tiba," kata jurulatih dari Brazil itu.
Kegagalan mendapatkan Baihakki membuatkan hati Maciel sudah tertutup rapat untuk memburu pemain import ASEAN.
Dia mungkin cuba mendapatkan mana-mana pemain tempatan untuk mengisi slot pertahanan tengah sebelum pendaftaran pemain ditutup pada 11 Februari depan.
"Buat masa sekarang, tidak. Saya tidak akan mencari lagi.
"Saya lebih suka bekerja dengan pemain tempatan. Kalau memanggil pemain semata-mata untuk mengisi kekosongan, ia tidak akan berlaku. Saya mahukan pemain yang mempunyai kualiti dan boleh meningkatkan prestasi pasukan," ujarnya lagi.