Skip to main content

Bola Sepak

Bagaimana dengan Bahasa Inggeris saya? -- Allegri

allegri-jokes-how-is-my-english-as-arsenal-rumours-intensify.jpg

Ketua jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri, sempat berjenaka apabila timbul spekulasi mengaitkan dirinya dengan Arsenal.

Allegri adalah antara calon yang dikhabarkan bakal menggantikan Arsene Wenger di Emirates selepas pengendali kelahiran Perancis itu menyaksikan anak buahnya tewas 5-1 kepada Bayern Munich dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.

Bagaimanapun, pengendali Juve itu menegaskan dia tidak terlibat dalam mencetuskan desas-desus tersebut, sebalikya hanya memilih untuk mendengar segala khabar angin.

Allegri berjenaka dengan Sky Italia dengan berkata: "Bagaimana dengan Bahasa Inggeris saya?

"Saya mula belajar sebelum saya mengendalikan AC Milan lagi tetapi saya telah meninggalkannya.

"Mereka kata saya akan ke Arsenal? Itu cakap kamu semua, saya hanya mendengar sahaja."

 

Advertisement

Must Watch Video