Holger Badstuber berkata Schalke bersedia untuk menggugat harapan Bayern Munich merangkul kejuaraan 'treble' ketika mereka bertemu dalam aksi DFB-Pokal, awal pagi esok.
Skuad bimbingan Carlo Ancelotti mengekalkan kelebihan lima mata di persada Bundesliga selepas membelasah Hamburg 8-0 pada Sabtu serta slot ke suku akhir dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) selepas meraih kemenangan 5-1 ke atas Arsenal dalam aksi pertama pusingan kalah mati.
Bayern kini telah memenangi enam daripada lapan perlawanan sejak Januari, Ancelotti turut memberitahu mereka mungkin mampu meraih 'treble' pada penghujung musim ini.
Badstuber, pemain pinjaman Bayern di Schalke, berkata anak buah Markus Weinzierl mahu menyekat usaha Bayern.
"Apa yang perlu kami takutkan?" kata Badstuber. "Bayern memiliki sasaran yang tinggi dan kami mampu meleburkannya.
"Ia adalah satu tugas yang sukar. Bayern adalah pasukan yang kuat, kami perlu memberikan segala-galanya untuk perlawanan ini."
All ? on cup-clash with @fcbayern this week. #messwiththebest #dfbpokal #fcbs04 https://t.co/buS4VJG6mU
— Holger Badstuber (@Badstuber) February 27, 2017