Skip to main content

Bola Sepak

Badhri sedia beraksi meskipun belum pulih

badhri-radzi.jpg

Kapten Kelantan, Badhri Radzi enggan pasukannya berputih mata sebaliknya mahu rakan sepasukan bangkit meraih tiga mata berdepan Selangor, esok.

Belum pasti bakal diturunkan, Badhri positif mampu beraksi meskipun belum pulih sepenuhnya.

Berbelakangkan sokongan pemain ke-12, dia pasti keputusan lebih baik mampu diraih berbanding dua perlawanan sebelum ini ketika berdepan Kedah dan Melaka United

"Siapa yang akan beraksi diharapkan memberi persembahan 100 peratus.

"Pada saya, semua pemain yang ada adalah yang terbaik dan diharapkan mereka berikan yang terbaik," ujarnya.

Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail mengharapkan anak buahnya bangkit di samping mengharapkan sentuhan berbisa Mohamad Ghaddar di bahagian serangan.

"Saya yakin kami akan menjumpai satu sentuhan malam esok, jika bukan esok mungkin perlawanan seterusnya," katanya.

Advertisement

Must Watch Video