Bekas tonggak Harimau Muda dan Selangor, A. Thamil Arasu, bertekad melakukan kebangkitan dalam karier selepas setahun menghilang ekoran gagal mendapat pasukan di pentas Liga Malaysia.
Segala-galanya tidak menjadi dalam karier Thamil sejak bergelar pemain profesional, bermula dengan menyertai Selangor pada 2014.
Kerap memanaskan bangku simpanan selama dua musim, percubaannya ke Kuala Lumpur pada 2016 juga gagal memberi sebarang impak.
Tidak bermain selama setahun, Thamil diberi peluang kedua oleh jurulatih PJ Rangers, Hassan Sazali Waras, jika mahu disenaraikan dalam perpindahan kedua pemain, April nanti.
"Setahun tidak beraksi, saya perlu mendapatkan semula berat badan yang terbaik, kecergasan dan sentuhan, sebab itu saya bersama PJ Rangers.
"Saya tidak mahu cepat berputus asa, saya masih mempunyai masa untuk bangkit," kata pemain yang beraksi di bahagian serangan itu.
Thamil tidak menafikan masih ada peminat bertanyakan khabar dirinya dan ada antara mereka menyangkakan dia sudah bersara.
Situasi itu mencetus semangatnya yang kini berusaha menurunkan berat badan sebanyak 8kg bagi mendapatkan fizikal ideal untuk bermain.
"Ramai yang tanya kenapa saya tidak bermain. Memang saya bersemangat dan mahu merebut tempat dalam pasukan PJ Rangers selain faktor mahu membantu keluarga," ujarnya.