DORTMUND 3 ZULTE WAREGEM 2
Pierre-Emerick Aubameyang mengetepikan khabar angin bahawa dia akan berpindah ke Liga Super China tidak lama lagi apabila meledak dua gol ketika Borussia Dortmund menewaskan Zulte Waregem 3-2 di Marbella dalam aksi pemanas badan, semalam.
Laporan mengaitkan penyerang Gabon itu telah bersetuju dengan langkah perpindahan bernilai €72 juta (RM344.9j) ke Guangzhou Evergrande, namun Aubameyang kelihatan memusatkan perhatiannya di depan pintu gol ketika membantu Dortmund bangkit dua kali untuk mencatat kemenangan selepas tumpas 2-0 di Fortuna Dusseldorf, Sabtu lalu.
Hamdi Harbaoui mengambil kesempatan untuk meletakkan Zulte Waregem di depan pada pertengahan babak pertama tetapi Dortmund menyamakan kedudukan hanya berselang enam minit apabila umpanan Gonzalo Castro bijak disempurnakan Lukasz Piszczek.
Pasukan Belgium itu pantas merobek gawang lawan dengan satu lagi gol selepas Timothy Derijck melonjak tinggi untuk menyudahkan peluang dari sudut sayap kanan yang diilhamkan Brian Hamalainen.
Jaringan terus mengalir pada babak pertama dan Aubameyang mencetak gol peribadi pertamanya apabila berjaya mengatasi Sammy Bossut selepas menyambut lorongan Andriy Yarmolenko.
Aubameyang kembali menemui sentuhan penyudah sembilan minit selepas itu untuk gol kemenangan perlawanan dengan rembatan deras, begitupun spekulasi mengenai masa depan penyerang itu akan terus berlegar dalam jendela perpindahan musim sejuk ini.