Skip to main content

Bola Sepak

Aubameyang gagal sudahkan sepakan penalti dalam kekalahan Dortmund

benfica-1-borussia-dortmund-0-aubameyang-misses-penalty-in-lisbon-nightmare.jpg

BENFICA 1 DORTMUND 0

Ketua jurulatih Borussia Dortmund, Thomas Tuchel, menegaskan bahasa badan Pierre-Emerick Aubameyang menjadi punca dia dikeluarkan dalam kekalahan aksi Liga Juara-Juara kepada Benfica, pagi tadi. 




Aubameyang mengharungi detik yang sukar dilupakan selepas Dortmund tumbang 1-0 di Lisbon dalam aksi pertama pusingan16. 

Penggempur berusia 27 itu memimpin carta penjaring terbanyak Bundesliga dengan 17 gol, namun gagal menghadirkan sentuhan berbisa apabila tidak dapat menyempurnakan sepakan penalti pada babak kedua dan terlepas dua peluang terbuka sebelum digantikan pada minit ke-62 di Estadio da Luz.

Tuchel menjelaskan keputusan itu didorong oleh Dortmund yang cuba memadamkan gol tandukan pendahuluan Kostas Mitroglou.

"Aubameyang tidak cergas selepas mengikuti kempen Piala Negara-Negara Afrika," kata Tuchel kepada UEFA.com.

"Bahasa badannya menunjukkan dia tidak mampu menghasilkan persembahan yang lebih baik selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti."

Dortmund mencipta beberapa peluang terbaik, Benfica pula berjaya mengambil kesempatan yang terhidang di tempat sendiri.

Begitupun, Tuchel tidak mahu menyalahkan mana-mana pemainnya sekalipun cabaran di Portugal beraksi dengan kekalahan. 

"Ia keputusan yang sangat sukar, biarpun kecewa, tapi saya sangat berbangga dengan persembahan kami pada malam ini," tambahnya. 

"Saya tidak fikir kami telah beraksi bagus, sebaliknya saya berasakan kami telah mempamerkan aksi mengagumkan. 

"Ini boleh terjadi dalam bola sepak, kami memperagakan aksi sebaik ini tetapi masih kalah. 

"Mujur, masih ada aksi timbal balik untuk diharungi. 

"Mereka mengetengahkan corak berbeza selepas waktu rehat, kami tidak bersedia untuk menghadapi serangan mereka dengan tiga pemain pertahanan kami. 

"Kalau kami membuat hantaran jauh dalam dua situasi tersebut, tiada apa yang terjadi."
 

Advertisement

Must Watch Video