Atletico Madrid harus menguasai permainan lebih awal ketika menentang Sevilla jika mereka berhasrat memadam defisit kekalahan 2-1 dalam pertemuan kedua separuh akhir Copa del Rey awal pagi esok, kata ketua jurulatih, Diego Simeone.
Jesus Navas dan Joaquin Correa memastikan kemenangan Sevilla di Wanda Metropolitano selepas Diego Costa terlebih dahulu menggegar gawang pada minit ke-73.
Bagaimanapun, Simeone memasang tekad untuk mara sejauh mungkin dalam pertandingan yang kali terakhir dimenangi Atleti pada 2013 itu sambil menyedari kepentingan permulaan positif di Seville nanti.
"Aksi Copa sentiasa menarik," kata Simeone dalam sidang akhbar. "Kami telah mengatakannya sejak awal lagi dan kami tidak mengubah fikiran.
"Ia perlawanan yang sukar. Pada masa ini, ia kelihatan lebih baik untuk Sevilla tetapi kami perlu bermain dan memperagakan aksi terbaik untuk bangkit.
"Kami perlu mengawal perlawanan ini, namun Sevilla bermain dengan baik. Mereka telah menemui sistem yang seimbang berdasarkan pemain yang dimiliki, terutama pemain-pemain yang bercirikan pertahanan.
"Ever Banega dan Steven N'Zonzi bekerjasama dengan baik.
"Ia akan menjadi perlawanan sengit dan menarik di Sevilla."