Skip to main content

Bola Sepak

Atletico gesa semua pihak elak tuding jari

atletico-acknowledge-seriousness-of-accusation-against-hernandez.jpg

Atletico Madrid tidak akan membiarkan kes terhadap Lucas Hernandez berlalu begitu sahaja tatkala pemain itu ditahan polis kerana disyaki melakukan serangan terhadap teman wanitanya.

Pemain bawah 21 tahun Perancis itu ditahan polis selepas insiden tersebut didakwa berlaku di kawasan rumahnya pada jam 2 pagi.

Wanita terlibat telah dibawa ke hospital bagi menjalani rawatan terhadap kecederaan dialami.

Dalam kenyataan rasmi dikeluarkan kelab itu pada Jumaat, Atletico meminta semua pihak agar tidak menuding jari kerana pertuduhan itu agak berat.

"Memandangkan insiden tersebut melibatkan pemain kami, Lucas Hernandez, kami mahu menyatakan bahawa biarlah sistem undang-undang yang menjelaskan apa yang berlaku. Kami akan menanti keputusan terhadap kes ini.

"Kami memahami bahawa kes ini akan menjadi fokus orang awam tetapi kami meminta agar pemain kami tidak dituduh bersalah sebelum keputusan dibuat.

"Kami di Atletico mengutuk sebarang tindakan kekerasan. Kami sedar pertuduhan dilontarkan terhadap pemain kami agak berat, jadi kami meminta agar semua pihak tidak cepat menuding kesalahan kepada sesiapa sebelum pihak penguasa mengesahkan kejadian sebenar."

Sementara itu, pengendali Atletico, Diego Simeone, enggan mengulas lanjut terhadap laporan tersebut.

"Saya masih belum mendapat sebarang maklumat rasmi mengenai apa yang berlaku, jadi saya tidak dapat memberi ulasan lanjut.

Hernandez telah pun membuat 11 penampilan musim ini.

Advertisement

Must Watch Video