Arsenal kini dalam krisis, menurut bekas pemain pertahanan, Martin Keown, yang mempersoalkan keputusan Arsene Wenger susulan dimalukan Liverpool 4-0 di Anfield, malam tadi.
Jaringan Roberto Firmino, Sadio Mane, Mohamed Salah dan Daniel Sturridge memastikan The Gunners tewas buat kali kedua musim ini -- selepas kecundang 1-0 berdepan Stoke City, minggu lalu.
Pembelian termahal, Alexandre Lacazette, bek tengah, Shkodran Mustafi dan bek kiri, Sead Kolasinac, masing-masing sekadar memanaskan bangku simpanan dan Keown menyamakan senario Arsenal seperti apa yang menimpa West Ham tatkala pasukan itu tewas tiga kali berturut-turut setakat ini.
"Arsenal tampak naif," Keown bercakap kepada BBC. "Pemain tengah, Granit Xhaka, tidak bergerak dan Aaron Ramsey sering kali hilang di bahagian tengah.
"Corak Wenger adalah menyerang. Dia mahukan pemainnya tampil kreatif.
"Mereka gagal melakar percubaan tepat berdepan Liverpool. Perkara ini tidak seharusnya berlaku. Slaven Bilic bakal kehilagan jawatannya di West Ham, Arsenal tidak jauh ketinggalan. Ini satu krisis.
"Pemain bernilai GBP130 juta (RM715 juta) sekadar memanaskan bangku simpanan. Kami diberitahu Lacazette adalah harapan terbaru Arsenal, tetapi kenapa dia direhatkan?
"Saya juga terkilan dengan keputusan Arsenal setakat ini. Gabriel seorang pertahanan yang bagus tetapi dia dijual dengan harga GBP9 juta (RM49 juta) sahaja. Mustafi tidak diturunkan. Saya tidak tahu bagaimana mereka membuat keputusan."