ARSENAL 2 SOUTHAMPTON 0
Unai Emery menegaskan Arsenal akan terus mengambil pendekatan "langkah demi langkah" selepas mencatat kemenangan 2-0 yang meyakinkan ke atas Southampton untuk menghantar The Gunners ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL).
Alexandre Lacazette dan Henrikh Mkhitaryan menyumbat gol dalam separuh masa pertama di Stadium Emirates awal pagi tadi dan tuan rumah memiliki deretan peluang lain untuk kemenangan lebih besar.
Dengan Manchester United diikat seri tanpa jaringan dengan pendahulu EPL, Liverpool, sementara Chelsea beraksi dalam final Piala Liga Inggeris (EFL) untuk Arsenal kembali meraih tangga keempat, namun pengurus tersebut enggan melihat terlalu jauh ke hadapan.
"Kami memikirkan langkah demi langkah, perlawanan demi perlawanan dan hari ini kami bergembira tetapi kami perlu membuat persediaan untuk menghadapi aksi Khamis ini (bertemu Bournemouth)," katanya.
"Chelsea tidak beraksi dalam saingan liga hari ini, mereka beraksi dalam perlawanan akhir Piala EFL dan kami berada di kedudukan lebih selesa ketika ini dan perlu meneruskan perjuangan dengan idea yang sama."
Ditanya adakah beliau kesal Arsenal gagal meledak lebih banyak jaringan dalam usaha meningkatkan perbezaan gol, Emery berkata: "Kami mencipta peluang.
"Hari ini kami sepatutnya menang dengan jaringan yang lebih besar berbanding dua gol yang disumbat, apapun kami perlu terus beraksi dengan keamatan seperti ini.
"Lacazette sepatutnya menyumbat lebih banyak gol, Auba (Pierre-Emerick Aubameyang) pula mempunyai dua peluang terhidang. Namun, saya hanya akan menghadapi masalah ketika kami tidak mencipta peluang."
Alex Iwobi dikeluarkan ketika permainan berbaki 15 minit sambil memegang betisnya, namun Emery meredakan kebimbangan terhadap kecergasannya.
"Saya sudah bercakap dengannya dan dia menjelaskan ia hanya kecederaan ringan," katanya. "Saya harap dia akan pulih untuk aksi Khamis ini."
Selepas jaringan pembukaan Lacazette hadir, Nathan Redmond membazirkan peluang untuk mengikat kedudukan dan pengurus The Saints, Ralph Hasenhuttl, berasakan bahawa peluang yang terlepas itu mempengaruhi permainan anak buahnya.
"Saya fikir titik tolak kepada perlawanan adalah ketika kami mempunyai peluang melalui Redmond ketika kedudukan 0-1 dan selepas itu, pasukan lawan pula menambah gol," katanya.
"Begitupun, Arsenal tampil jauh lebih baik dalam babak pertama dan bermain dengan pendekatan sangat mudah dan sangat baik. Kami tidak berdepan masalah untuk mengekang mereka."
The Saints kekal di tangga ke-18 liga dan satu mata di atas zon penyingkiran menjelang perlawanan getir dengan Fulham, Khamis ini.
Sehubungan itu, Hasenhuttl menegaskan kepentingan pertembungan itu.
"Sudah tentu, ia adalah perlawanan yang sangat mustahak. Kami tahu akan berdepan aksi sukar menentang Fulham di tempat sendiri," katanya.
"Ya, kami perlukan kemenangan dan saya fikir kami perlu segera pulih untuk aksi Khamis ini dan melakukan segala-galanya untuk memenangi perlawanan itu."