Bert van Marwijk sepatutnya meraikan kejayaan membawa Arab Saudi ke Piala Dunia 2018, namun sebaliknya berlaku apabila dia kini terpaksa mencari kekosongan lain.
Van Marwijk -- yang tamat kontrak sebaik kempen kelayakan AFC berakhir -- telah digantikan dengan bekas pengendali Argentina, Edgardo Bauza, sebagai ketua jurulatih baharu Arab Saudi.
Arab Saudi mengesahkan penampilan kelima dalam Piala Dunia dan yang pertama sejak kali terakhir melakukannya pada 2006 hasil kejayaan Van Marwijk berjaya melakar kemenangan ke atas Jepun, awal bulan ini.
Bagaimanapun, bekas pengendali Belanda itu gagal mencapai persetujuan dengan Persatuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF), yang mahukan ketua jurulatih berusia 65 tahun itu menetap di negara itu.
"Saya menolak rundingan itu. Minggu lalu, selepas kami layak ke Piala Dunia, beberapa anggota barisan kejurulatihan saya dipecat. Itu tidak boleh diterima sama sekali," Van Marwijk memberitahu NOS.
"Saya tidak akan berunding berkenaan menetap di Arab Saudi. Saya tidak mahu tinggal di sana secara tetap."
Tambah Van Marwijk: "Saya mahu ke Piala Dunia, kerana itulah saya mengambil alih tugas ini dua tahun lalu. Tetapi saya tidak akan membenarkan sesiapa pun memberitahu saya bagaimana untuk menjalankan tugas saya.
"Saya perasan, selepas kejayaan mara ke Piala Dunia, ramai individu yang mula mengganggu pasukan ini.
"Amat dukacita kerjasama saya dengan pemain tidak dapat diteruskan. Ramai antara mereka yang memujuk saya untuk kekal tetapi saya tiada pilihan. Setiap jurulatih perlu ada kebebasan untuk menentukan corak permainannya."
Bauza, 59, berdepan laluan berliku bersama Argentina sebelum dipecat gara-gara persembahan terumbang-ambing pasukan dalam kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan.