Skip to main content

Bola Sepak

Annuar tawar tempoh bertenang

010717annuarmusa.jpg
Bekas presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri  Annuar Musa, menganggap belau sudah mencapai kejayaan pertama dengan membuat pengesahan pencalonan untuk mengisi jawatan dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Dalam satu catatannya menerusi lawan sosial Facebook, Annuar berkata semua calon mempunyai rekod sebagai aktivis bola sepak tanah air dengan memiliki kelebihan masing-masing.

"Saya juga bersyukur dan menganggap kejayaan pertama tercapai, iaitu untuk melihat FAM bakal dipimpin oleh mereka yg bersungguh-sungguh berminat dan sukarela mahu berbakti, bukannya proksi atas kehendak orang lain.

"Bagi menjamin keharmonian suasana pemilihan, saya berhasrat untuk mengadakan tempoh bertenang dengan meminimumkan ulasan dan kenyataan sekurang-kurangnya dua minggu sehingga selesai mengerjakan umrah di Makkah."

Annuar juga mahu melihat suasana harmoni, bersih, berintegriti, terbuka, bebas rasuah dan penuh semangat kesukanan dipelihara sehingga pemilihan dalam Kongres FAM pada 25 Mac nanti.

"Insya-Allah, masa itu dapat saya memanfaatkan untuk saling berbincang sesama kita, mendengar pandangan dan hasrat hati semua badan gabungan, terutama mereka yang bakal mengundi dan juga semua kawan-kawan yang bertanding dalam suasana penuh muhibbah, keterbukaan dan persahabatan," katanya.

Annuar, bagaimanapun, tidak memberi gambaran akan menarik diri pada saat-saat akhir sebagai calon presiden FAM.

Calon presiden FAM

Tan Sri Annuar Musa

Bekas presiden KAFA
Kejayaan bersama Kelantan :
• 2 kali juara Liga Super
• 2 kali juara  Piala FA
• 2 kali juara Piala Malaysia 
• Juara Piala Sumbangsih 2011

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT)
Kejayaan bersama JDT :
• Juara Piala AFC 2015
• 3 kali juara Liga Super
• Juara Piala FA 2016
• 2 kali juara Piala Sumbangsih

Advertisement

Must Watch Video