Di sebalik kekecewaan kecundang 0-2 kepada Real Madrid dalam perlawanan pemanas badan, Erik ten Hag masih mampu meluahkan aspek positif hasil di Houston, sebentar tadi itu.
Kehadiran pemain tengah yang dipancing daripada Chelsea, Mason Mount, dan bekas penjaga gol Inter Milan, Andre Onana, dianggap berkesan sekalipun mereka tewas lagi dalam tempoh dua hari berturut-turut selepas kekalahan kepada Wrexham.
"Saya fikir bagus, mantap," kata pengurus kelahiran Belanda itu mengenai mutu persembahan Onana.
“Dia menyelamatkan dua percubaan lawan dengan sangat bagus.
“Dia berada di sana pada saat pasukan memerlukannya jadi dia sudah melaksanakan tugasnya. Saya rasa dia berintegrasi dengan baik dalam pasukan ini.
“Ini adalah perlawanan sulungnya dan kami perlu bekerja keras untuk memperkemaskan gandingannya dengan pemain pertahanan.
“Anda boleh lihat gol kedua yang kami bolosi disebabkan kami tidak menutup tiang belakang. Ia tidak boleh jadi begitu dan jaringan boleh terhasil di kedudukan itu.
"Ada peraturan yang perlu kami patuhi dan ia boleh diselesaikan dengan segera demi membantu corak permainan kami."

First outing for United ✅
— Manchester United (@ManUtd) July 27, 2023
? @AndreyOnana #MUFC || #MUTOUR23 pic.twitter.com/JPFKhTQFUw