Skip to main content

Bola Sepak

Ancelotti tidak terkesan dengan aksi pra-musim hambar Bayern

5817carlo-ancelotti.jpg
Carlo Ancelotti tidak terkesan dengan aksi pra-musim Bayern Munich yang mengecewakan sambil menjelaskan penah menghadapi perkara yang sama di Real Madrid sebelum mencatatkan rentetan kemenangan dalam 22 perlawanan.

Juara Bundesliga, Bayern, mengharungi jadual perpindahan yang sibuk selepas berjaya mendapatkan khidmat James Rodriguez, Corentin Tolisso, Niklas Sule dan Sebastian Rudy untuk beraksi di Allianz Arena.

Bagaimanapun, Bayern tewas kepada AC Milan, Inter, Liverpool dan Napoli dalam persiapan mereka menghadapi musim baru, dengan menonjolkan beberapa kemusykilan kepada penyokong The Bavarians.

Ancelotti menegaskan beliau mengalami perkara yang sama ketika mengendalikan Real dalam aksi pra-musim 2014-15 di mana mereka tewas kepada Roma, Manchester United dan Fiorentina sebelum melakar kemenangan dalam 22 perlawanan berturut-turut dan menjuarai Liga Juara-Juara (UCL).

"Persembahan kami ketika berdepan Milan dan Liverpool tidak memuaskan, selainnya baik buat kami," kata Ancelotti.

"Kami belum berada di tahap terbaik tetapi kami memiliki banyak kualiti dan memiliki dua minggu lagi untuk membuat persiapan (untuk aksi pembukaan Bundesliga berdepan Bayer Leverkusen).

"Perkara yang sama berlaku ketika saya mengendalikan Real, kemudian kami tidak tewas dalam 22 perlawanan dan menjuarai UCL."

Ancelotti mengesahkan David Alaba, Arjen Robben dan Jerome Boateng menyertai Rodriguez, Thiago Alcantara, Manuel Neuer dan Juan Bernat untuk terlepas aksi berdepan Borussia Dortmund dalam saingan Piala Super. "Ia akan menjadi satu pertembungan yang menarik berdepan Dortmund. Mereka memiliki jurulatih baru (Peter Bosz) dan sememangnya akan memberikan cabaran yang berlainan."

Advertisement

Must Watch Video