BAYERN MUNICH 5 ARSENAL 1
Pengurus Bayern Munich, Carlo Ancelotti, menghamburkan pujian terhadap Thiago Alcantara di atas persembahan sempurnanya sambil dia menuntut pasukannya agar tidak menaruh sebarang belas kasihan selepas membelasah Arsenal 5-1.
Thiago membuat jaringan berganda pada separuh masa kedua dan membantu satu jaringan lagi dalam kemenangan besar Bayern dalam pertemuan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara di Allianz Arena, awal pagi tadi.
Ancelotti memuji pemain tengah Sepanyol itu di atas permainan cemerlangnya sambil kelab gergasi Bundesliga itu mengorak langkah besar ke arah peringkat suku akhir.
“Dia bermain dengan sangat baik dan menyumbat dua gol,” kata pengurus berbangsa Itali itu.
“Ia satu persembahan sempurna daripadanya.”
Arjen Robben meletakkan Bayern di depan sebelum Alexis Sanchez menyamaka kedudukan untuk pelawat selepas sepakan penalti terdahulunya diselamatkan.
Kesebelasan Ancelotti menguasai separuh masa kedua ketika Thiago dua kali menggegar jaring di samping jaringan Robert Lewandowski dan Thomas Muller.
“Keputusan ini penting tapi kami mempunyai satu lagi perlawanan di London,” kata Ancelotti.
“Kami perlu menunjukkan kesungguhan yang sama.”
Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Emirates pada 7 Mac, dengan Arsenal hampir pasti terkeluar dalam pusingan 16 untuk musim ketujuh berturut-turut.