Carlo Ancelotti diminta untuk menjelaskan tindakannya kepada Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) berhubung isyarat jari tengah yang ditunjukkannya ke arah penyokong tuan rumah dalam aksi seri 1-1 dengan Hertha Berlin.
Ketua jurulatih Bayern Munich itu mengangkat jari tengahnya ketika menuju keluar padang selepas perlawanan berakhir dan bingkas memberitahu ARD bahawa dia bertindak sedemikian kerana diludah.
Selepas menilai insiden itu, DFB telah meminta Ancelotti untuk memberikan penjelasan lanjut mengenai insiden terbabit.
Satu kenyataan Bayern menyebut: "Jawatankuasa Penyeliaan DFB telah meminta Carlo Ancelotti untuk mengemukakan kenyataan berhubung insiden yang berlaku selepas perlawanan Bayern dengan Hertha Berlin, Sabtu lalu.
"Ketua jurulatih Bayern itu sudah tentu akan memberi kerjasama terhadap permintaan ini."
Perlawanan yang berlangsung tegang itu berakhir seri 1-1, dengan Robert Lewandowski menyumbat gol kontroversi ketika perlawanan sudah melewati lima minit masa kecederaan.