Skip to main content

Bola Sepak

Ancelotti: Bayern mampu pertahan kejuaraan Bundesliga

6817carloancelotti.jpg
BORUSSIA DORTMUND 2 BAYERN MUNICH 2
(Bayern menang penentuan sepakan penalti 5-4)

Carlo Ancelotti yakin Bayern Munich mampu mencapai sasaran untuk mempertahankan gelaran juara Bundesliga selepas meraih kemenangan ke atas Borussia Dortmund dalam saingan Piala Super DFL.


Bayern hadir ke perlawanan di Signal Iduna Park selepas tewas empat kali dalam lima aksi persahabatan sebelum kekalahan teruk kepada AC Milan dan Liverpool.

Mereka terpaksa bangkit dua kali dalam perlawanan ini, dengan Robert Lewandowski menyamakan kedudukan pada minit ke-17 selepas Christian Pulisic membuka jaringan.

Pierre-Emerick Aubameyang melakukan penyudah dengan penuh bergaya selepas menemui hantaran Ousmane Dembele 19 minit sebelum perlawanan tamat tetapi Bayern sekali lagi menerima tuah apabila penjaga gol, Roman Burki, menjaringkan gol sendiri dan perlawanan harus diputuskan melalui penentuan sepakan penalti.

Ancelotti memberitahu sidang media pasca perlawanan dengan menekankan skuadnya masih berusaha untuk membuat persiapan bagi menghadapi musim 2017-18 dan yakin mereka mampu meneruskan persembahan cemerlang di pentas domestik.

"Sememangnya mempertahankan Bundesliga sangat penting. Saya berpuas hati dengan persembahan pasukan. Kami bermain dengan penuh tumpuan," kata Ancelotti.

"Keputusan pra-musim tidak menyebelahi kami tetapi anda semua tidak perlu risau. Apabila musim bermula, Bayern akan memberikan yang terbaik."

Advertisement

Must Watch Video