Skip to main content

Bola Sepak

Ancelotti akui beri isyarat jari tengah terhadap penyokong

ancelotti.jpg

Pengendali Bayern Munich, Carlo Ancelotti, mengakui mengangkat jari tengahnya kepada barisan penyokong Hertha Berlin selepas menyaksikan pasukannya melakar keputusan seri 1-1 berdepan kelab itu di Olympiastadion, malam tadi.

Bagaimanapun, bekas pengurus Real Madrid dan Chelsea itu mendedahkan dia melakukan tindakan itu ekoran telah diludah.

Pemain gantian, Robert Lewandowksi, muncul penyelamat dengan jaringan penyamaan pada minit akhir permainan hingga mencetuskan perbalahan pemain daripada kedua-dua pasukan.

Gol Lewandowksi hadir pada minit ke-96 meskipun pengadil hanya membenarkan lima minit masa kecederaan.

Pemain Hertha dan penyokong mula memprotes keputusan pengadil sejurus selepas itu.

Ancelotti menjadi sasaran penyokong tuan rumah di Olympiastadion, dan pengendali berusia 57 tahun itu mengakui memberi reaksi terhadap provokasi itu dengan mengangkat jari tengahnya.

Dia memberitahu Bild: "Ya, saya membuat isyarat itu tetapi itu kerana saya telah diludah."

Advertisement

Must Watch Video