Setiausaha Kehormat, Persatuan Bolasepak Kedah (PFA), Datuk Aminuddin Omar, menyangkal dakwaan di media sosial bahawa pemain Kedah masih belum menerima gaji untuk bulan Jun.
Masalah tentang penangguhan gaji adalah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan dalam kancah bola sepak Liga Malaysia, namun Aminuddin menafikan perkara tersebut berlaku di KFA.
Dalam kenyataan ringkas selepas perlawanan menentang Perak yang menyaksikan skuad Kenari tewas 3-2 di Stadium Darul Aman, malam tadi, Aminuddin menegaskan KFA sentiasa bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan pemain terjaga, terutama apabila melibatkan soal pembayaran tepat pada waktunya.
“Pihak pengurusan sentiasa memberikan komitmen penuh dalam menjaga kebajikan pemain-pemain seperti yang dipersetujui dalam kontrak,” katanya.
“Tidak wujud isu kelewatan pembayaran gaji ataupun bonus perlawanan daripada pihak persatuan.
“Pihak KFA berharap penjelasan ini dapat menyelesaikan sebarang masalah dan membolehkan pemain-pemain fokus terhadap kancah Liga Malaysia musim ini,” tambahnya.