Skip to main content

Bola Sepak

Alves persoal tindakan Ramos terhadap penyokong Sevilla

ramos-did-not-make-history-at-sevilla-like-me-alves-questions-real-madrid-captain.jpg
Dani Alves mengkritik ketua pasukan Real Madrid, Sergio Ramos, di atas kelakuan buruknya terhadap penyokong Sevilla. 

Alves meninggalkan Barcelona untuk menyertai Juventus selepas lapan musim dengan meraih 23 gelaran. 

Dia kembali memperagakan aksinya dalam Liga Juara-Juara bersama pasukan gergasi Serie A itu yang akan berkunjung ke Porto untuk aksi pusingan 16. 

Seperti Ramos, Alves memperkuatkan Sevilla pada awal kariernya dan berpendapat tonggak pertahanan Sepanyol itu sepatutnya menangani situasi perlawanan membabitkan Copa del Rey dan LaLiga dengan bekas majikannya itu bulan lalu dengan lebih baik. 

Ramos memberi isyarat provokasi ke arah penyokong di Ramon Sanchez Pizjuan selepas menerima cemuhan dan laungan ejekan, sehingga mendorong kedua-dua kelab mengeluarkan kenyataan susulan.

Alves memahami tindakan Ramos itu yang meninggalkan Sevilla untuk menyertai Madrid pada 2005. 

"Saya mendapati adalah dahsyat untuk mengejeknya tapi usahlah meminta apa yang tidak pernah anda berikan," katanya. 

"Masalahnya, sebelum dia menyertai Madrid, Ramos pernah melafazkan sumpah setianya kepada Sevilla, ia memberi kesan buruk kepada segelintir penyokong. 

"Dia masih terikat dengannya."

Sejak Ramos meninggalkan Sevilla, Alves kekal di kelab itu dan memenangi dua Piala UEFA, Piala Super UEFA, Copa del Rey dan Supercopa de Espana. 

"Dia tidak melakar sejarah itu di Sevilla, tidak patut meraikan jaringannya atau minta dihormati.

"Saya beraksi di sana dan memenangi banyak trofi."

Advertisement

Must Watch Video