Skip to main content

Bola Sepak

Alves cetus impak dalam penampilan pertama

danialves-cropped_530gkg28hf2r11zyak1r9uspb.jpg
Dani Alves berkata dia tidak dapat membayangkan permulaan yang lebih baik selepas mempamerkan aksi mantap dalam membantu Paris Saint-Germain (PSG) meraih kejuaraan Trophee des Champions menewaskan AS Monaco, awal pagi tadi.

Bek kanan Brazil itu -- yang menyertai PSG secara percuma daripada Juventus -- meledak gol hasil sepakan percuma dari 30 meter sebelum membuat hantaran bijak kepada Adrien Rabiot yang menanduk masuk gol kedua dalam kemenangan 2-1 di Maghribi.

Ia merupakan kebangkitan terbaik dalam babak kedua daripada PSG, yang ketinggalan kepada jaringan Djibril Sidibe dalam babak pertama.

Alves -- yang beraksi di posisi luar kebiasaan selepas diturunkan selaku pemain sayap kanan -- berjaya menjalankan tugas dengan berkesan buat skuad kendalian Unai Emery.

"Saya tidak dapat membayangkan permulaan yang lebih baik daripada ini," dia memberitahu wartawan.

"Saya teruja kerana dapat membantu pasukan ini kerana kami tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan sebelum ini."

Rakan sepasukan, Marquinhos, gembira dengan kualiti yang bakal disumbangkan Alves.

"Dia seorang pemain yang hebat," tambahnya. 

"Dia mampu mencetuskan perubahan, dia seorang pemain yang bijak dan mampu menghadirkan kualiti."

Advertisement

Must Watch Video