Xabi Alonso memberi amaran kepada Liverpool bahawa tugas mereka belum selesai bagi memastikan tempat ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) walaupun memiliki kelebihan tiga gol ke atas Manchester City untuk dibawa ke aksi timbal balik.
Liverpool cemerlang di Anfield selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas skuad kendalian Pep Guardiola itu -- Mohamed Salah, Alex Oxlade-Chamberlain dan Sadio Mane menjaringkan gol dalam separuh masa pertama.
Ia merupakan hari mengecewakan buat City yang tewas buat kali kedua kepada Liverpool selepas tewas 4-3 pada Januari lalu tetapi Alonso menggesa lebih kewaspadaan menjelang aksi timbal balik di Stadium Etihad.
"Mereka telah membuktikan mampu melakar kemenangan, suasana yang hebat di Anfield," kata Alonso.
"Separuh masa pertama yang sukar untuk dipercayai, menjaringkan tiga gol ke atas City. Cara mereka bermain sangat menarik tetapi tugas mereka belum berakhir.
"Masih berbaki 90 minit bermain di Stadium Etihad dan City bakal bangkit," katanya.
Alonso, yang bersara pada penghujung musim lalu dan sedia untuk memulakan fasa seterusnya sebagai jurulatih, tidak menolak satu hari nanti bakal mengambil alih tugas di Anfield.
"Masa akan menentukannya. Segala-galanya masih awal lagi."