Rafael Benitez menghamburkan pujian terhadap Miguel Almiron selepas pemain termahal Newcastle United itu memainkan peranan besar dalam penampilan sulungnya untuk kemenangan 2-0 ke atas Huddersfield Town, awal pagi tadi.
The Magpies kini empat mata dipisahkan daripada zon penyingkiran menerusi prestasi dominan yang dipamerkan ketika berdepan kelab tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL) itu yang mengharungi aksi dengan 10 pemain selepas Tommy Smith dibuang padang ketika permainan baru berusia 20 minit.
Percubaan Almiron dan Salomon Rondon terlebih dahulu menggegar tiang untuk Newcastle menguasai sepenuhnya aksi di St James' Park itu.
Tuan rumah melakukan 29 percubaan ke arah pintu gol lawan dan akhirnya memecah kebuntuan -- 59 saat selepas rehat -- melalui Rondon dan Ayoze Perez yang melibatkan voli Almiron untuk memastikan mata penuh.
Almiron melepaskan tiga rembatan tepat dan menghasilkan enam hantaran berkualiti sebelum menerima tepukan gemuruh daripada penonton ketika dikeluarkan pada minit ke-81.
Bercakap kepada Sky Sports, Benitez berkata mengenai Almiron: "Dia memenuhi jangkaan kami dan beraksi baik di samping gandingannya di jentera serangan. Ini adalah hari yang hebat baginya dan peminat.
"Kami beraksi baik. Jadi, saya gembira dengan prestasi barisan pemain.
"Sukar bagi pihak lawan beraksi dengan 10 pemain tetapi mereka masih memiliki peluang. Kami sendiri mencipta banyak peluang dan tiga atau empat percubaan kami mengenai tiang.
Almiron berkongsi perasaannya kepada Sky Sports mengenai penampilan pertamanya di St James' Park: "Saya sangat gembira dengan penampilan sulung ini. Lebih-lebih lagi kami memungut tiga mata dan yang paling penting adalah suasana perlawanan ini, saya amat menikmatinya.
"Malangnya saya tidak dapat mencetak gol, ia adalah satu peluang yang hebat tetapi percubaan saya terkena tiang. Apa yang paling penting adalah kemenangan, kami memerlukannya."
Ia adalah satu lagi pengalaman buruk buat pengurus Huddersfield, Jan Siewert, yang tewas keempat-empat perlawanan kendaliannya sejak menggantikan David Wagner bulan lalu dan berdepan tugas perit untuk menerajui perjuangan The Terrier -- 14 mata dipisahkan dengan zon selamat -- kekal dalam saingan peringkat tertinggi itu.
"Terlebih dahulu, kami mempunyai peluang dan penguasaan permainan tetapi kad merah menghancurkan kami," kata Siewert kepada Sky Sports.
"Mereka menghasilkan gol menerusi satu gerakan lurus dan memandangkan kami kekurangan seorang pemain, maka ia menjadi sangat sukar. Kami bercakap tentang permainan dan situasi itu mengubah permainan. Kami akan terus berjuang."