Skip to main content

Bola Sepak

Alli akan belajar daripada kesilapan -- Kane

alli-not-to-blame-for-tottenham-s-europa-league-exit-pochettino.jpg

Harry Kane menegaskan pemain tengah Tottenham, Dele Alli, telah mengutip pengajaran bermakna selepas dibuang padang ekoran melakukan terjahan keras dalam aksi Liga Europa.

Spurs disingkirkan Gent dalam aksi pusingan 32, kelmarin, selepas keputusan 2-2 di Wembley memastikan wakil Belgium itu mara dengan agregat 3-2.

Alli menjadi duri dalam daging buat Spurs tatkala kad merah yang dikutipnya selepas mengasari Brecht Dejaegere sedang perlawanan terikat 1-1 menyukarkan rakan sepasukan lain yang perlu memburu dua gol.

"Dele akan mempelajari kesilapannya," kata Kane.

"Dalam aksi bola sepak di Eropah, terjahan sebegitu akan menjurus kepada layangan kad merah.

"Dia kecewa dengan apa yang berlaku tetapi dia telah banyak memberikan sumbangan musim ini.

"Dia akan mendapat pengajaran daripada insiden ini dan mengutip pengalaman berharga pada masa akan datang."

Terjahan Alli cukup membahayakan, melagakan tapak but di bawah lutut Dejaegere, namun pemain kelahiran Belgium itu tidak terkesan dengan apa yang berlaku.

"Dele meminta maaf kepada saya dan itu satu tindakan yang baik. Dia seorang profesional," ujar Dejaegare.

"Kami tidak ada simpan sebarang perasaan sakit hati. Inilah bola sepak, saya melihat kembali ulang tayang dan mendapati terjahan itu membahayakan tetapi saya berasakan dia tidak berniat melakukannya."

 

Advertisement

Must Watch Video