JUVENTUS 2 EMPOLI 0
Massimiliano Allegri bersyukur Juventus mengekalkan momentum untuk menjuarai Serie A selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Empoli.
Juve meraih tiga mata penuh di Turin. Jaringan sendiri Lukasz Skorupski dan gol daripada Alex Sandro meletakkan mereka di landasan yang tepat untuk mempertahankan gelaran buat kali kelima.
Ia merupakan kemenangan ke-30 berturut-turut Juve dalam aksi Serie A dan mengungguli takhta liga dengan kelebihan 10 mata, meletakkan tekanan kepada Roma yang bakal bertemu Inter pada Ahad.
"Kami masih perlu bertemu Roma musim ini dan kami akan cuba menganalisis gaya permainan mereka ketika berdepan Inter," kata Allegri.
"Pemain-pemain telah mempamerkan prestasi yang mantap. Kami berjaya memungut tiga mata lagi ketika berdepan Empoli.
"Dalam separuh masa kedua, kami meningkatkan rentak permainan dan berjaya meledak dua gol."
30 - Juventus have now won 30 Serie A home games in a row, keeping a clean sheet 19 times in the process. Invulnerable. #JuveEmpoli
— OptaPaolo (@OptaPaolo) February 25, 2017