ATALANTA 0 JUVENTUS 1
Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri, memuji Gianluigi Buffon selepas penjaga gol itu mempamerkan persembahan cemerlang ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Atalanta dalam aksi pertama separuh akhir Coppa Italia, awal pagi tadi.
Juve hanya memerlukan tiga minit untuk membuka jaringan hasil tandukan penyerang, Gonzalo Higuain tetapi telah dihukum dengan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Medhi Benatia.
Bagaimanapun, Buffon yang turun buat kali pertama sejak meraih kemenangan 1-0 ke atas Napoli pada 1 Disember lalu, memastikan sepakan Alejandro Gomez ditampan keluar.
Allegri memberikan pujian kepada penjaga gol itu -- yang menyambut hari lahir ke-40 Ahad ini -- setelah tamat perlawanan.
"Saya sangat gembira buat Buffon, yang tidak bermain dalam saingan Coppa Italia selama lima tahun," katanya.
"Dia masih belum lupa segalanya selepas tidak beraksi hampir dua bulan.
"Buffon telah berehat panjang dan kini perlu mencari rentak untuk kembali sebagai pilihan utama kami."
Aksi timbal balik akan berlangsung di Stadium Allianz pada 28 Februari ini dan Allegri menegaskan mereka akan menempuhi aksi yang sukar selepas ini.
"Kami memiliki pertemuan dengan Sassuolo dan Fiorentina, kemudian Tottenham, jadi kami akan mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan dan cuba mempamerkan persembahan terbaik," katanya lagi.