Massimiliano Allegri mendedahkan bahawa beliau masih lagi berminat untuk mendapatkan pemain tengah Liverpool, Emre Can.
Kontrak Can bersama Liverpool kini hanya berbaki enam bulan dan sudah mula boleh berbincang jika mahu menyertai kelab lain dan bakal menjadi ejen bebas pada penghujung musim ini.
Liverpool setakat ini gagal untuk memperbaharui kontrak pemain kebangsaan Jerman itu dan mereka semakin kesuntukan masa.
Can merupakan pemain sasaran jangka panjang buat Juventus dan walaupun enggan membincangkan mengenai penghijrahannya, Allegri mendedahkan minatnya terhadap bekas pemain Bayer Leverkusen itu.
"Kita semua mengetahui kualiti yang dimiliki Can," kata Allegri.
"Dia masih muda, berbakat dan salah seorang pemain tengah berkualiti buat Jerman. Bagaimanapun, saya tidak akan berbincang mengenai perpindahannya," katanya.
Allegri bakal ketiadaan khidmat beberapa tonggak utama untuk pertemuan berdepan Cagliari esok, dengan Gianluigi Buffon masih lagi direhatkan kerana kecederaan betis dan Allegri enggan mengambil sebarang risiko menurunkan pemain veteran itu.
"Mattia De Sciglio, Buffon dan Juan Cuadrado tidak dapat turun beraksi.
"Saya akan menilai perkembangan Claudio Marchisio dan Stefano Sturaro, yang mengalami kecederaan lutut dalam sesi latihan.
"Buffon akan terus menjalani proses pemulihan daripada kecederaannya. Saya tidak mungkin menurunkannya."