Skip to main content

Bola Sepak

Allegri label Dani Alves sebagai sang juara

allegri-hails-champion-alves.jpg
PORTO 0 JUVENTUS 2

Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri, memuji Dani Alves berikutan impak yang dibawanya dari bangku simpanan ketika menentang Porto dalam aksi Liga Juara-Juara, pagi tadi. 


Selepas masuk menggantikan Stephan Lichtsteiner, pemain pertahanan Brazil itu menyumbang satu gol ketika Juve merakamkan kemenangan 2-0 di Estadio do Dragao.

Alves menyambut hantaran lintang Alex Sandro untuk melebarkan kedudukan Juve dan secara tidak langsung meletakkan mereka dalam kedudukan selesa dalam pertemuan pusingan 16 itu. 

Allegri menjelaskan keputusannya membawa masuk Alves sambil menyanjung sikap bekas pemain pertahanan Barcelona itu. 

"Dani Alves masuk menggantikan Lichtsteiner yang telah mengutip kad kuning ketika kami sedang mendahului, jadi saya mahu mengambil langkah berhati-hati terhadap situasi itu.

"Alves adalah seorang juara, seorang pemain yang memiliki keinginan dan semangat tinggi untuk mencapai kemenangan. 

"Memasuki 20 minit terakhir, dia membuktikan bahawa dia adalah pemain contoh dan seorang yang cukup profesional. 

Alves, 33, telah diturunkan sebanyak 17 kali dalam semua pertandingan musim ini sejak meninggalkan Barca, Jun lalu. 


Advertisement

Must Watch Video