CAGLIARI 0 JUVENTUS 1
Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri, menjelaskan beliau masih belum mendapat kepastian tentang kecederaan yang dialami oleh Paulo Dybala ketika mencipta kemenangan 1-0 ke atas Cagliari.
Dybala terpaksa meninggalkan padang awal dalam babak kedua perlawanan apabila mengalami kecederaan hamstring dalam perlawanan di Stadio Sant'Elia itu.
Pemain kebangsaan Argentina itu akan dihantar untuk menjalani beberapa ujian dan Allegri masih lagi menantikan berapa lama tempoh Juve perlu beraksi tanpanya.
"Kami tidak tahu betapa teruk kecederaan Dybala buat masa ini, kami masih lagi menantikan jawapannya," kata Allegri.
"Kami akan berehat selama dua minggu dan Dybala memerlukan rehat yang lebih daripada pemain-pemain lain, saya berharap dia akan sempat pulih dalam beberapa minggu ini," ujarnya.
Juve terpaksa bergantung kepada jaringan pada minit ke-74 daripada Federico Bernardeschi untuk mengatasi Cagliari, yang berasakan jaringan tersebut sepatutnya dibatalkan selepas Medhi Benatia menyiku Leonardo Pavoletti.
Sepakan penalti turut dinafikan buat tuan rumah apabila bola terkena tangan Bernardeschi tetapi pengadil perlawanan, Gianpaolo Calvarese, enggan menggunakan teknologi Video Pembantu Pengadil (VAR) untuk memastikan keputusan tersebut.
"Kami tidak bermain seperti yang harus dipamerkan, saingan pada separuh masa kedua lebih berbentuk fizikal," tambah Allegri.
"Ia merupakan kemenangan yang penting. Kami akan teruskan momentum ini untuk mengejar Napoli dalam saingan ini."