Keputusan Leonardo Bonucci meninggalkan juara bertahan lima kali Serie A, Juventus, bagi menyertai AC Milan bukan disebabkan oleh ketua jurulatih, Massimiliano Allegri, menurut isterinya.
Pemain tengah antarabangsa Itali itu mencetuskan sensasi apabila meninggalkan Juve pada akhir musim lalu untuk bersama Milan dengan perjanjian €42 juta (RM210 juta).
Pemain berusia 30 tahun itu berpindah tidak lama selepas Juve tewas kepada Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara, mencetuskan spekulasi berterusan ia berpunca daripada Allegri, namun dakwaan itu dinafikan oleh isteri Bonucci, Martina Maccari.
"Keputusannya bukan disebabkan oleh pertengkaran dengan Allegri," kata Maccari kepada Rai Radio 1.
"Dalam suasana profesional, saya rasa keseimbangan di antara semua pihak adalah asasnya. Bonucci memilih untuk meninggalkan pasukan kerana mahukan perubahan tetapi sekarang dia tenang dan fokus untuk pengembaraan baru ini."
Perpindahan Bonucci ke San Siro memberi nafas baru kepada Milan -- gergasi yang sedang tidur dalam bola sepak Itali selepas menamatkan kempen suram dalam beberapa tahun ini.
Pemain pertahanan veteran itu menerima lilitan kapten dan tanggungjawab besar di Milan yang belum memenangi Scudetto sejak musim 2010-2011.