Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker, mengekalkan keyakinan bahawa pasukannya akan meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris bagi menamatkan kemarau kejuaraan sejak 29 tahun lalu walaupun gagal meraih kemenangan dalam dua perlawanan terakhir.
Manchester City menewaskan Everton 2-0 kelmarin yang menyaksikan juara bertahan itu kembali ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris.
City bermain lebih satu perlawanan berbanding pasukan lain -- perlawanan di Goodison Park itu diawalkan selepas mereka mara ke final Piala Liga Inggeris (EFL) -- namun dua keputusan seri yang dilakar Liverpool ketika menentang Leicester City dan West Ham United kembali membuka perebutan kejuaraan liga musim ini.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu akan bertemu Manchester United, namun mereka terlebih dahulu perlu berdepan dengan Bournemouth di Anfield malam esok.
Ditanya sama ada keadaan semasa mula menjejaskan keyakinan pasukannya, Alisson berkata kepada Sky Sports: "Saya tidak mahu berkata apa-apa tentang perkara itu. Kami percaya kami mampu meraih kejuaraan musim ini.
"Kami sudah membuktikannya sebelum ini bahawa kami pasukan yang hebat dan akan terus membuktikannya dalam perlawanan yang akan datang.
"Tekanannya tetap sama. Kami akan melaluinya dari satu perlawanan ke satu perlawanan tanpa memikirkan apa yang pencabar lain mampu lakukan.
"Setiap pasukan mahu memenangi kejuaraan tetapi bagi Liverpool, kami hanya mahu memenangi setiap perlawanan.
"Kami tidak memikirkan tentang Man City, kami hanya memikirkan tentang pasukan kami.
"Kami hanya memikirkan apa yang kami mampu lakukan dan sentiasa memandang ke depan."
Alisson menambah: "Saya benar-benar mahukan kejuaraan liga bersama Liverpool. Kami perlu memenangi setiap perlawanan dan fokus kepada setiap lawan yang akan dihadapi.
"Untuk kembali ke puncak liga, kami perlu sentiasa menang -- ia datang melalui kerja keras yang akan bermula esok."