Trent Alexander-Arnold gembira dengan penampilan pertamanya di pentas Eropah bersama Liverpool apabila memecah kebuntuan perlawanan menerusi sepakan percuma dalam kemenangan 2-1 ke atas Hoffenhaim dalam aksi play-off Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Jurgen Klopp diasak oleh tuan rumah dalam pertemuan pertama itu, namun usaha pemain berusia 18 tahun itu yang menerjah gawang lawan meletakkan pasukannya di hadapan.
Alexander-Arnold gembira dengan gol dan kemenangan yang diraih biarpun mengakui sedikit kecewa dengan gol lewat Mark Uth yang kembali menghidupkan peluang pasukan lawan.
"Ia satu impian untuk beraksi dalam saingan Eropah bersama kelab yang anda minati sejak kecil dan kejayaan menjaringkan gol amat istimewa buat saya," katanya kepada BT Sport.
"Apa yang lebih penting, kami menang. Kami masih lagi terkilan kerana gol lewat itu tetapi ia sentiasa bagus untuk membawa pulang bekalan ke Anfield.
"Saya sangat yakin untuk mengambil sepakan percuma itu dan ia membuahkan hasil."
Ketua pasukan, Jordan Henderson, turut memuji bek muda berkenaan yang turut mengisi tempat Nathaniel Clyne dalam aksi liga, Sabtu lalu.
"Dia beraksi hebat musim lalu," kata Henderson.
"Dia kembali dan mempamerkan tahap berbeza dalam pra-musim.
"Sepakan percuma itu bukan nasib. Dia melakukannya dalam sesi latihan setiap hari sejak beberapa minggu lalu -- sebab itu dia mengambilnya.
"Dia telah melakukannya di pentas besar, maka dia berhak dipuji.
"Dia perlu terus bekerja keras dan mempamerkan persembahan seperti itu."
Satu lagi gol Liverpool terhasil apabila Havard Nordtveit tertampan bola ke dalam gawang sendiri ketika berusaha menghalang umpanan James Milner.