Pengendali Republik Ireland , Martin O'Neill, mengakui pasukannya mempamerkan aksi hambar ketika melakar keputusan seri 1-1 dengan Georgia dalam aksi kelayakan Piala Dunia, awal pagi tadi.
Ireland mendahului seawal minit keempat di Arena Boris Paichadze Dinamo menerusi tandukan Shane Duffy, namun pasukan tuan rumah mula mendominasi perlawanan sejurus selepas itu.
Georgia mempamerkan permainan menarik dan hasilnya, Valeri Qazaishvili mengikat kedudukan pada minit ke-34.
O'Neill tidak berselindung di sebalik rasa kecewa terhadap persembahan keseluruhan anak buahnya.
"Aksi babak pertama cukup hambar, ia paling teruk setakat ini," dia memberitahu media.
"Kami hilang bola dengan mudah dan membenarkan mereka (Georgia) untuk mendominasi perlawanan.
"Misi kami adalah melakar kemenangan. Meskipun sukar tetapi kami memiliki peluang untuk melakukannya."
Ireland bakal berdepan pendahulu kumpulan, Serbia, di Dublin, Selasa ini, dan O'Neill menyedari keputusan seri di Tbilisi bermakna mereka kini berdepan perlawanan penting.
"Kami perlu memberikan aksi mengagumkan jika mahu menewaskan Serbia," ujarnya.
"Kami perlu bermain di tahap terbaik. Kami perlu melakukannya."
O'Neill kemudian cuba mengurangkan tekanan yang dipikul anak buahnya dengan menyifatkan Serbia memiliki teknik lebih baik daripada Ireland.
"Kami perlu memperbaiki permainan. Kami ada dua hari lagi untuk berkerjasama dengan pemain.
"Saya rasa tiada cara lain untuk melakukannya. Kami perlu menguasai bola dengan lebih baik.
"Kami perlu cuba mengutip tiga mata ke atas Serbia. Penting untuk beraksi sebaik mungkin jika mahu mengatasi mereka."