MANCHESTER CITY 4 BURNLEY 1
Sergio Aguero meledak dua gol dalam tempoh 93 saaat untuk membantu Manchester City mara ke pusingan keempat Piala FA selepas merakamkan kemenangan 4-1 ke atas Burnley.
Pendahulu saingan Liga Perdana Inggeris itu ketinggalan selepas Ashley Barnes membuka jaringan pada minit ke-25.
Skuad kendalian Pep Guardiola itu, yang melakar kemenangan ke atas Burnley, Oktober lalu, mengulangi persembahan mereka selepas berjaya mencetak jaringan menerusi Aguero yang menyumbat dua gol manakala Leroy Sane dan Bernardo Silva memastikan kemenangan selesa buat The Citizens.
Dua gol daripada bintang Argentina itu merekodkan golnya yang ke-11 dalam saingan Piala FA selepas beraksi dalam 11 penampilan dalam kejohanan tersebut.
Aksi seterusnya buat City adalah perlawanan separuh akhir pertama Piala EFL berdepan Bristol City, Rabu ini.