Skip to main content

Bola Sepak

AFC B-23: Tiada kelebihan rehat lebih sehari

ong-kim-swee-2.jpg
Jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, menegaskan kelebihan rehat lebih sehari daripada Korea Selatan tidak menjanjikan sebarang peluang mudah buat pasukannya menangani lawan apabila kedua-dua pasukan berentap dalam suku akhir Kejohanan AFC B-23 di Stadium Kunshan, esok. 

Skuad negara menamatkan saingan peringkat kumpulan  Selasa lalu, sehari lebih awal daripada Korea Selatan. 

Situasi itu tampak memberikan kelebihan buat pemain negara untuk melakukan proses pemulihan berbanding Korea Selatan. Apatah lagi, lawan terpaksa berhempas-pulas dalam aksi terakhir bertemu Australia, Rabu lalu.

Namun, Kim Swee berasakan itu bukan kelebihan besar memandangkan Korea Selatan merupakan pasukan berpengalaman dan pemain negara perlu kekal fokus. 

Ikuti laporan penuh dalam Nadi Arena jam 11 malam ini.

Advertisement

Must Watch Video