Pertahanan skuad B-23 negara, Syazwan Zaipol Bahari, mengakui sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk diturunkan dalam perlawanan suku akhir menentang Korea Selatan esok susulan beberapa tonggak di bahagian pertahanan dihimpit masalah kecederaan.
Pemain yang bakal memperkuatkan The Bos Gaurus pada musim baru nanti itu sempat beraksi menentang Jordan dalam aksi Kumpulan C, 13 Januari lalu.
"Insya-Allah persiapan kami berjalan dengan baik. Kami datang ke sini sebagai sebuah pasukan dan satu matlamat. Kami mahu pergi lebih jauh.
"Di sini, saya tidak boleh mengatakan peluang saya bermain adalah 50-50. Begitupun, saya akan sentiasa bersedia 100 peratus.
"Apapun terjadi, saya atau rakan-rakan lain perlu membuat yang terbaik, seterusnya melangkah lebih jauh," katanya.
Berbanding tiga pertemuan menentang wakil dari negara Arab di peringkat kumpulan, pertemuan dengan Korea Selatan pastinya menjanjikan aksi berbeza.
"Semua pasukan mempunyai kekuatan masing-masing. Bagaimanapun, setiap kekuatan mestilah ada kelemahan.
"Kami perlu mengelak daripada dibolosi. Kami bukan sekadar bertahan semata-mata, malah kami perlu melancarkan asakan," tambahnya lagi.