Skip to main content

Bola Sepak

AFC B-23: Pemain negara tekad aksi lebih baik

safawi-rasid.jpg
Kejayaan mengikat Jordan 1-1 dalam kempen Kejohanan AFC B-23 di Stadium Changshu, China petang tadi melonjakkan semangat anggota skuad negara untuk meraih kejayaan lebih bermakna selepas ini. 

Penjaring gol negara, Safawi Rasid, yang menyempurnakan sepakan penalti untuk mengikat kedudukan 1-1 pada separuh masa pertama, gembira dengan hasil kerjasama rakan sepasukannya. 

"Saya amat berpuas hati dengan perlawanan hari ini. 

"Saya bangga dengan rakan sepasukan yang memberikan komitmen 100 peratus untuk kami meraih keputusan seperti ini," kata Safawi.

Sementara itu, ketua pasukan negara, Adam Nor Azlin, tidak mahu terbawa-bawa dengan keputusan itu dengan berkata: "Alhamdulillah, semua pemain menunjukkan prestasi memberangsangkan. 

"Saya harap pemain-pemain tidak leka dan meningkatkan usaha ketika bertemua Arab Saudi."

Akhyar Rashid, yang memenangi penalti untuk Malaysia serta menyaksikan rembatan derasnya dinafikan tiang gol, turut berasa senang dengan prestasi pada hari ini. 

"Saya berpuas hati dengan usaha kami di atas padang tadi kerana semua rakan sepasukan memberikan aksi 100 peratus," kata pemain Kedah itu. 

Malaysia akan berdepan Arab Saudi dalam aksi terakhir Kumpulan C di Stadium Kunshan, Selasa ini. 






 

Advertisement

Must Watch Video