Jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee, lega anak buahnya memperagakan aksi memberangsangkan ketika mengikat Jordan 1-1 dalam aksi kedua Kejohanan AFC B-23 di Stadium Changsu, petang tadi.
Malaysia bangkit daripada ketinggalan menerusi sepakan penalti Safawi Rasid pada penghujung babak pertama susulan gol Suleiman Abu Zama'a pada minit ke-16.
Skuad B-23 negara juga hampir mencipta kejutan besar apabila dua percubaan hasil rembatan Akhyar Rashid dan Matthew Davies menggegar tiang gol lawan pada babak kedua.
"Pemain menunjukkan karakter yang bagus pada hari ini.
"Sebelum perlawanan, tiada siapa yang memberikan kami harapan dan kami hampir mencuri tiga mata daripada Jordan.
"Keseluruhannya, saya sangat bangga dengan anak buah saya," kata Kim Swee.
Sementara itu, kelibat penjaring dua gol Jordan dalam aksi pertama menentang Arab Saudi, Baha' Faisal Mohammad Sei, tidak kelihatan di stadium hari ini susulan digantung dua perlawanan kerana didapati bersalah bertindak kasar terhadap pegawai pertandingan sejurus tamat aksi pertama Kumpulan C, Rabu lalu.
Bagaimanapun, pengendalinya, Richard Brunskill, berpendapat mereka sepatutnya meraih kemenangan hari ini.
"Berdasarkan keseimbangan permainan, kami lebih berhak menang," kata jurulatih Jordan itu.